top of page

GARIS PANDUAN PERMOHONAN BANTUAN/SUMBANGAN KELAB KEBAJIKAN DAN REKREASI BAHAGIAN AKAUN (KRESBA)

A. Tujuan

Garis panduan ini bertujuan memberikan maklumat kepada warga Bahagian Akaun berkenaan jenis dan kadar sumbangan/bantuan yang disediakan oleh KRESBA kepada ahli–ahlinya.

 

B. Skop Garis Panduan

Garis panduan ini merangkumi perkara-perkara berikut:

i)   Jenis sumbangan

ii)  Syarat–syarat tuntutan

iii) Borang Permohonan

 

C. Jenis  Sumbangan

Jenis–jenis sumbangan oleh KRESBA kepada ahlinya adalah seperti berikut:

 

  1. Perkahwinan

  2. Cahaya Mata

  3. Masuk Wad

  4. Pertukaran/Persaraan

  5. Khairat Kematian

  6. Bencana Alam

  7. Anugerah Pelajar Cemerlang

 

D. Syarat Tuntutan dan Kadar

 

1. Perkahwinan

  • Bagi perkahwinan kali pertama di Bahagian Akaun sahaja yang layak memohon.

  • Kadar sumbangan adalah sebanyak RM 50.00

  • Hendaklah mengemukakan Sijil Perkahwinan/Nikah bersama-sama dengan borang permohonan.

​

2. Cahaya mata

  • Ahli atau pasangan yang bersalin kali pertama di Bahagian Akaun sahaja layak memohon.

  • Kadar sumbangan adalah sebanyak RM 50.00

  • Hendaklah mengemukakan salinan surat beranak/MYKid bersama-sama dengan borang permohonan.

 

3. Masuk Wad

  • Ahli atau ahli keluarga* layak memohon sekiranya dimasukkan ke wad sekurang–kurangnya sehari (minimum satu malam di hospital kerajaan/swasta).

  • Sumbangan hanya diberikan sekali dalam tempoh setahun bagi setiap ahli atau ahli keluarga*.

  • Kadar sumbangan adalah sebanyak RM 50.00

  • Kemasukan ke wad kerana alahan mengandung tidak layak memohon.

  • Hendaklah mengemukakan surat pengesahan dari hospital/sijil discaj daripada hospital bersama-sama borang permohonan.

 

4. Pertukaran/Persaraan

  • Hanya layak dipohon oleh ahli sahaja

  • Kadar sumbangan adalah sebanyak  RM 70.00

  • Hendaklah mengemukakan arahan bertukar/surat bersara bersama borang permohonan.

    

5. Khairat Kematian

  • Bagi ahli yang meninggal dunia, kadar sumbangan adalah RM 200.00.

  • Bagi ahli keluarga* serta ibu dan bapa yang meninggal dunia, kadar sumbangan adalah sebanyak RM 100.00.

  • Hendaklah mengemukakan surat/sijil kematian daripada pihak yang berkenaan bersama dengan borang permohonan.

 

6. Bencana Alam

  • Hanya layak dipohon oleh ahli sahaja.

  • Kadar sumbangan akan diputuskan oleh Jawatankuasa KRESBA.

  • Hendaklah mengemukakan laporan polis bersama borang permohonan.

 

7. Anugerah Pelajar Cemerlang

  • Hanya layak dipohon oleh ahli bagi anak kandung sahaja.

  • Keputusan minimum dan kadar sumbangan adalah seperti berikut:

  • UPSR – Minimum 5A – RM   50.00

  • SPM   – Minimum 8A – RM   80.00

  • STPM – Minimum 2A -  RM 100.00         

  • Hendaklah mengemukakan salinan slip keputusan peperiksaan bersama borang permohonan.                 

 

E. Tempoh Permohonan

 

Semua permohonan hendaklah dikemukakan dalam tempoh 3 bulan dari tarikh peristiwa.

Tuntutan hanya untuk sekali dalam tempoh setahun.

​

F. Borang Permohonan

​

BORANG PERMOHONAN

Takrifan ahli keluarga: Ahli keluarga* Bagi pegawai lelaki, isteri dan anak-anaknya; dan bagi pegawai perempuan, suami dan anak-anaknya. Anak-anak yang berkelayakan ialah anak-anak yang ditanggung sepenuhnya oleh pegawai yang berumur di bawah 18 tahun; atau sekiranya masih bersekolah, dibawah umur 21 tahun. Bagi pegawai bujang ibu dan bapa yang sah.

bottom of page