top of page

1. Apakah KRESBA?
Kelab Kebajikan dan Rekreasi Bahagian Akaun. Keahliannya adalah terdiri daripada penjawat awam berwarganegara Malaysia yang sedang berkhidmat di Bahagian Akaun, Kementerian Pendidikan Malaysia, Putrajaya.
2. Apakah fungsi KRESBA?


Kelab ini berperanan mengendalikan aktiviti kebajikan dan rekreasi warga Bahagian Akaun, Kementerian Pendidikan Malaysia, Putrajaya. Semua ahli akan diberi peluang untuk melibatkan diri dalam setiap kegiatan yang dianjurkan.
3. Apakah aktiviti KRESBA?
-
Menjalankan aktiviti-aktiviti kebajikan demi kepentingan dan kebaikan ahli-ahli.
-
Menggalakkan dan mengeratkan silaturrahim antara ahli-ahli.
-
Memupuk semangat perpaduan dan harmoni antara ahli-ahli.
-
Mengatur pelbagai aktiviti dalam bahagian ini dan juga dengan badan-badan dari bahagian-bahagian lain Kementerian Pendidikan Malaysia serta badan-badan lain.
-
Mengutip derma daripada orang awam untuk tujuan Kelab dengan persetujuan Mesyuarat Agung serta tertakluk kepada kebenaran daripada Pendaftar Pertubuhan dan pihak berkuasa tertentu diperolehi terlebih dahulu.


4. Apakah keistimewaan KRESBA?
-
Setiap ahli dapat menyertai pelbagai aktiviti yang dianjurkan KRESBA sepanjang tahun antaranya Hari Keluarga dan Kejohanan Sukan.
-
Memberi peluang kepada ahli untuk melibatkan diri dalam aktiviti keusahawanan dengan menjual pelbagai barangan seperti makanan.
-
Ahli yang melangsungkan perkahwinan pertama atau mendapat kelahiran anak pertama akan diberikan saguhati istimewa. Borang tuntutan boleh diperolehi daripada laman web ini atau terus daripada Biro Kebajikan.
-
Ahli yang ditimpa musibah seperti sakit, kehilangan harta, meninggal dunia dan sebagainya akan diberi perhatian oleh Kelab melalui lawatan dan kutipan derma.


bottom of page